“kENTUUUUUUUUUUUT”

“Kentut” huahuahua…..lucu2^_^
Message: Be prepare before our folks from MLY
come
down……………

Ini Cerita Logat Malaysia….

“Aku baru berkahwin setahun yang lepas dan
duduk dengan isteri aku.
Kami duduk berdua sahaja sebab belum
dikurniakan anak. Aku ni ada satu kegemaran –
iaitu makan telur rebus. Aku pun taktahu kenapa
aku suka makan telur rebus, sedap agaknya.

Sebelum aku kahwin, aku memang gila telur
rebus.
Pagi petang siang malam makan telur rebus.
Tapi
semenjak aku kahwin ni aku terpaksa
berkorbanlah,
iaitu dengan meninggalkan tabiat aku ini. Lama
juga aku dah tak pekena telur rebus ni …..
sebab
orang rumah aku masak sedap-sedap.. so aku
dah tak kisah lagilah..

Ceritanya begini, bulan lepas masa aku balik
kerja, tiba-tiba kereta aku rosak.. akupun
telefon
bini aku katakan aku balik lambat sebab kena
menapak.
Sebab lapar akupun singgah satu kedai makan
tu… ada telur rebuslah..
akupun makan nasi dengan telur rebus..
lepastu
aku order telur rebus lebih lagi untuk diratah.
Sebelum balik aku bungkus lagi 10 biji telur
rebus
untuk makan sambil berjalan balik nanti. Tiba
dekat rumah aku rasa amatlah kenyang..
maklumlah balas dendam sebab lama tak
pekena
telur rebus.

Sebelum aku masuk kerumah, isteri aku tiba-
tiba
cakap dia ada surprise untuk aku malam ni. Dia
suruh aku tutup mata dengan kain hitam yang
diikat kemas dibelakang kepalaku. Dan
dipimpinnya aku sampai ke meja makan.
Aku duduk dikerusi dan isteriku pesan jangan
cuba buka ikatan yang menutup mataku. Aku
nak
pergi toilet sebab perutku mula buat hal, tapi
malaslah nak spoilkan ‘surprise’ isteriku ini. Aku
pun tahan ler…
Tetiba telefon berbunyi, isteriku pergi
mengangkatnya. Apa lagi ada chance aku pun
melepaskan kentut yang ditahan sekian
lama..Fuuuuhhh lega rasanya… bau boleh
tahan…
maklumler berapa biji telur tah aku bedal tadi…

Alamak.. ada lagi satu la.. aku pun angkat
sebelah punggung dan lepaskan satu das lagi..
bunyinya PRROOTTT!!… fuh bau jangan cakap
beb.. aku pun tak tahan bau dia… aku kipas
pakai
tangan angin dia kasi kurang sikit bau dia…
adalah macam bau telur tembelang sikit..

Tetiba aku dengar bunyi telefon berdering
lagi…
hai lamanya tunggu isteri aku ni, aku tak sabar
lagi ni nak tahu surprise dia ni. Aku terasa ada
lagilah, kali ni memang aku rasa power
punyalah..
aku kumpul dulu kasi padu.. lepastu aku
bangun,
tonggeng sikit dan lepaskan angin taufan tu…
PRRROOOOOTTT!!!!… fuhh lega… bergegar
sikit
meja makan dibuatnya…

peh tak tahan aku bau dia power gila.. aku tutup
hidung aku.. aku rasa bau dia ada sikit-sikit
macam bangkai la.. mau mati bunga atas meja
makan aku ni.. sambil tu aku sebut ‘ahhhh….
lega…’. Adalah dekat 5 minit baru bau bangkai
tu
hilang..

Lepas tu isteri aku kembali dan minta maaf
sebab lambat.. lalu dia kata ‘SURPRISE!!
HAPPY
BIRTHDAY!!’ dan suruh aku buka kain penutup
mata aku.. laaa birthday aku hari ni le… camne
boleh lupa ni.. Aku buka le kain penutup mata
aku.. mulutku terus melopong…
ALAMAK!!!…………

Benda pertama aku lihat.. ……….muka merah
padam pak mertua aku, mak mertua aku, adik
ipar aku dua orang, duduk keliling meja
makan…..Bos aku dengan jiran sebelah rumah
rumah aku pun ada!!.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: